1 2 3 Keputusan Tentang anda Sila pastikan anda menjawab semua soalan Sejauh mana anda rasa keadaan anda berjaya diuruskan pada masa ini? Sila pilih satu Agak baik – saya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan normal OK – tetapi ada harinya bila saya tidak dapat berfungsi langsung Tidak baik sama sekali – IBD mendominasi kehidupan normal saya Seterusnya
1 2 3 Keputusan Tentang pengubatan anda Sila pastikan anda menjawab semua soalan Untuk beberapa hari yang lalu, bagaimana anda mengambil ubat anda? Sila pilih satu Secara tetap seperti yang diarahkan oleh doktor saya Hampir semuanya seperti yang diarahkan Hanya apabila saya ingat Saya telah berhenti mengambil ubat Kembali Seterusnya
1 2 3 Keputusan Tentang pengubatan anda Tentang pengubatan anda Sila pastikan anda menjawab semua soalan Kenapa sukar bagi anda untuk mengambil ubat secara tetap? Sila pilih satu Saya tidak fikir ubat membantu saya Saya terlupa Saya mempunyai terlalu banyak tablet untuk diambil Saya mendapat kesan sampingan daripada ubat-ubatan saya Kembali Seterusnya
1 2 3 Keputusan Tentang gaya hidup anda Sila pastikan anda menjawab semua soalan Berapa banyak senaman yang anda lakukan setiap minggu? Sila pilih satu Sekurang-kurangnya 20 minit tiga kali seminggu Dua kali seminggu Saya jarang bersenam Apa yang anda boleh katakan tentang rasa kesejahteraan emosi anda? Sila pilih satu Secara umumnya saya rasa OK Secara umumnya saya rasa agak tertekan/bimbang Saya rasa tertekan atau rasa tiada mood pada kebanyakan masa Adakah anda rasa bebas untuk bercakap dengan orang lain tentang keadaan penyakit anda? Sila pilih satu Ya, saya boleh membincangkannya dengan kebanyakan orang yang saya jumpa. Selalunya, saya boleh membincangkannya dengan orang yang rapat dengan saya Tidak, saya tidak boleh membincangkan keadaan saya dengan orang lain Kembali Seterusnya
1 2 3 Keputusan Tentang gaya hidup anda Sila pastikan anda menjawab semua soalan Terangkan tabiat makan anda Sila pilih satu Saya makan dalam jumlah yang kecil sepanjang hari Saya makan tiga hidangan sehari Saya makan tidak teratur Adakah anda mengambil suplemen multivitamin? Ya Tidak Kembali Seterusnya
1 2 3 Keputusan Tentang gaya hidup anda Sila pastikan anda menjawab semua soalan Apakah jenis makanan yang anda selalu makan? Blended/liquidised foods Bijian (gandum, beras, oat, barli) dalam roti, pasta dan bijirin Buah-buahan dan sayur-sayuran Produk tenusu (susu, dadih, keju) Ikan dan ayam itik Daging merah Makanan dengan kandungan lemak yang sederhana hingga tinggi (keju, kerepek dsb) Makanan bergoreng Makanan sedia dimakan Makanan tinggi serat seperti bran dan oat Madu, kuih, kek dan jus buah pekat Pemanis tiruan (sorbitol) Kafein Minuman berkarbonat Kembali Seterusnya
1 2 3 Keputusan Tentang gaya hidup anda Sila pastikan anda menjawab semua soalan Adakah anda merokok? Sila pilih satu Ya Tidak Kadang-kadang Berapa banyak alkohol yang anda minum setiap mimggu? Sila pilih satu Saya tidak minum arak langsung atau saya minum jarang-jarang (kurang daripada sekali sebulan) Tidak lebih daripada beberapa gelas wain Saya minum beberapa gelas pada kebanyakan malam Secara umumnya saya minum banyak pada hujung minggu Kembali Seterusnya
1 2 3 Keputusan Keputusan Anda Terima kasih kerana melengkapkan alat Guts4Life IBD Wellbeing. Menguruskan IBD anda boleh menjadi satu cabaran besar. Menyokong diri sendiri dengan membuat pilihan yang baik tentang gaya hidup anda adalah penting. Di bawah ialah beberapa cadangan untuk membantu anda menguruskan IBD anda, disesuaikan untuk anda berdasarkan jawapan-jawapan yang anda telah berikan. Ubat-ubatan Tahniah – mengambil ubat seperti yang dipreskripsikan oleh doktor akan benar-benar membantu menguruskan IBD anda. Adalah sangat penting untuk anda mengambil ubat secara tetap. Rawatan penyakit Crohn dan kolitis berulser hendaklah diteruskan secara berkala untuk mencegah kemarakan simptom. Walaupun anda tidak akan dapat melihat perubahan serta-merta kepada simptom-simptom anda apabila pengubatan dihentikan, ia boleh meningkatkan kemungkinan berlaku kemarakan. Pesakit yang mengambil ubat seperti yang dipreskripsikan mempunyai peluang besar mengekalkan remisi, berbanding mereka yang tidak mengambil ubat secara tetap. Jika anda benar-benar fikir ubat-ubatan anda tidak membantu, berbincanglah dengan doktor atau doktor pakar anda yang boleh mengubahsuai rawatan anda dengan sewajarnya. Mengingati untuk mengambil ubat boleh menjadi sukar. Cuba pasang loceng amaran pada telefon mudah alih atau jam tangan anda dan tetapkan masa mengambil ubat sekitar aktiviti harian anda, seperti waktu makan dan tidur. Jika masih sukar, berbincanglah dengan doktor jika terdapat ubat atau formulasi yang boleh diambil kurang kerap. Jika anda benar-benar menghadapi kesukaran, tanyalah doktor anda tentang jenis-jenis ubat atau formulasi lain yang mungkin lebih sesuai dengan jadual atau gaya hidup anda. Sentiasa berbincang dengan doktor anda tentang apa sahaja yang anda fikir mungkin adalah kesan sampingan ubat-ubatan anda kerana altenatif atau cara-cara lain untuk menanganinya sentiasa tersedia. Senaman Tahniah – bersenam secara tetap bagus untuk anda dari segi psikologi mahupun fizikal dan akan membantu anda menangani IBD anda. Kekal aktif adalah bagus untuk anda secara psikologi dan fizikal – ingat, anda tidak perlu melakukan senaman intensif. Berjalan-jalan atau berkebun juga boleh membantu anda kekal aktif dan sihat. Kekal aktif adalah bagus untuk anda secara psikologi dan fizikal, serta boleh membantu mencegah komplikasi IBD. Cuba masukkan senaman ke dalam jadual normal anda - ingat, anda tidak perlu melakukan senaman intensif. Berjalan-jalan atau berkebun juga boleh membantu anda kekal aktif dan sihat. Stres dan Emosi Menjaga emosi dengan baik benar-benar dapat membantu IBD anda – teruskan usaha yang baik ini! Walaupun kesedihan tidak menyebabkan IBD, bagi sesetengah orang, situasi penuh tekanan atau terlalu beremosi boleh membawa kepada kemarakan simptom. Jika anda berasa bimbang atau sangat tertekan, cuba: Mendengar muzik yang menenangkan Berjalan-jalan ke tempat yang mendamaikan perasaan Lakukan meditasi atau berbaring di dalam bilik yang gelap untuk beberapa minit Bercakap dengan seorang kawan atau pakar terapiBerendam dalam tab mandi untuk tempoh yang lamaMembacaMaklum balas bioSenaman menenangkan diri dan senaman bernafasMengamalkan yoga atau tai chiHipnoterapi Jika semua ini tidak membantu – berbincanglah dengan doktor atau doktor pakar anda. Komunikasi Tahniah – bercakap tentang IBD anda akan membantu orang untuk memahami keadaan anda dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda. Ia juga membantu menghapuskan tabu tentang IBD. Jika anda belum berbuat demikian, anda mungkin boleh menyertai kumpulan pesakit di mana anda boleh bercakap tentang apa yang anda sedang lalui dengan mereka yang dalam situasi yang sama. Lawati halaman pautan-pautan berguna kami untuk maklumat lanjut.. Bagus kerana anda dapat bercakap dengan mereka yang rapat dengan anda tentang IBD anda. Anda mungkin ingin turut melibatkan yang lain seperti rakan sekerja atau kawan-kawan baru. Lagi ramai orang yang anda beritahu – keadaan akan menjadi lebih mudah. Memberitahu orang lain akan membantu mereka lebih memahami keadaan anda dan bagaimana ia menjejaskan anda. Ia juga membantu menghapuskan tabu tentang IBD. Jika anda belum berbuat demikian, anda mungkin boleh menyertai kumpulan pesakit di mana anda boleh bercakap tentang apa yang anda sedang lalui dengan mereka yang dalam situasi yang sama. Lawati halaman pautan-pautan berguna kami untuk maklumat lanjut.. Membincangkan keadaan anda dengan orang lain boleh menjadi sukar tetapi bercakap tentang IBD akan membantu mereka lebih memahami anda dan apa yang anda sedang lalui supaya mereka dapat menyokong anda dengan lebih baik. Anda mungkin boleh menyertai kumpulan pesakit di mana anda boleh bercakap tentang apa yang anda sedang lalui dengan mereka yang dalam situasi yang sama. Lawati halaman pautan-pautan berguna kami untuk maklumat lanjut.. Makan Makan dalam saiz hidangan yang kecil sepanjang hari secara umumnya baik kepada penghidap IBD. Saiz yang kecil akan membantu mengurangkan beban ke atas sistem saluran penghadaman, membantunya mencerna makanan dengan lebih baik. Jika IBD anda diuruskan dengan baik dan gaya makan ini sesuai dengan anda maka teruskan. Namun, secara umumnya adalah baik untuk makan dalam saiz yang kecil secara tetap. Bahagikan pengambilan makanan harian kepada 5-6 saiz kecl dan makan setiap 2-3 jam. Ini lebih baik daripada kurang kerap makan tetapi dalam saiz yang besar. Saiz kecil akan membantu mengurangkan beban ke atas sistem saluran penghadaman, membantunya mencerna makanan dengan lebih baik. Makanan yang dihancurkan atau dikisar sangat berguna apabila anda mengalami kemarakan simptom. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan tentang cara terbaik untuk menggabungkan makanan kisar/hancur jika anda belum lagi berbuat demikian. Bijian (gandum, beras, oat, barli) dalam roti, pasta dan bijirin ialah sumber tenaga, serat, vitamin B dan beberapa mineral (contohnya besi, magnesium) yang bagus. Produk bijian penuh secara umumnya disyorkan untuk kebanyakan orang kerana ia mengandungi lebih serat, vitamin dan besi. Namun, produk bijian penuh juga boleh mengandungi serat tidak larut yang boleh merengsakan penghidap IBD, terutama semasa kemarakan. Cuba produk terproses pada waktu ini dan perlahan-lahan masukkan bijian penuh dari satu minggu ke satu minggu. Jika anda perlukan nasihat, sila berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan anda. Walaupun buah dan sayuran adalah baik untuk anda, ia boleh memburukkan simptom (terutama apabila usus mengalami keradangan). Tanpa membuang makanan penting ini daripada pemakanan anda, masak buah dan sayuran sepenuhnya dan elakkan memakannya mentah. Kurangkan atau elakkan pengambilan susu dan produk tenusu. Susu dan produk tenusu (susu, krim dan keju diproses, dadih –penuh lemak atau rendah lemak) boleh memburukkan simptom IBD. Ia harus dielakkan semasa simptom memarak dan perlahan-lahan masukkan semula ke dalam pemakanan menurut toleran peribadi anda terhadap produk tenusu. Ikan mengandungi asid amino penting dan adalah sumber protein yang baik. Protein berguna semasa kemarakan dan penyembuhan. Cuba makan ikan yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti salmon dan tuna. Produk daging mengandungi asid amino penting dan adalah sumber protein yang baik. Protein penting terutamanya semasa kemarakan dan selepasnya. Sentiasa buang lemak yang tampak dan pilih daging tanpa lemak dan rendah lemak. Kurangkan pengambilan lemak – lemak boleh meningkatkan peristalsis usus dan menyebabkan sakit kekejangan. Mengurangkan minyak, mentega, lemak pejal dan marjerin, krim juga kuih dan biskut berinti boleh membantu mengurangkan pengambilan lemak. Cuba lebihkan makan makanan yang baru dimasak. Makanan diproses boleh memburukkan simptom-simptom IBD. Walaupun makanan tinggi serat bagus untuk anda – ini boleh memburukkan simptom (terutama apabila usus mengalami keradangan). Masak makanan tinggi serat sebelum makan dan jangan buang semua makanan penting ini daripada pemakanan anda. Kurangkan pengambilan gula ringkas – ini didapati dalam madu, kuih, kek dan jus buah pekat. Ia boleh menyebabkan atau meningkatkan peluang berlaku cirit-birit. Elakkan pemanis tiruan – terutamanya sorbitol – yang boleh menyebabkan atau meningkatkan peluang berlaku cirit-birit. Kafein boleh menyebabkan gas dan memburukkan simptom IBD, oleh itu baik dielakkan. Minuman berkarbonat boleh menyebabkan gas dan memburukkan simptom IBD, oleh itu baik dielakkan. Sentiasa berbincang dengan pakar pemakanan/nutrisi bertauliah jika anda risau tentang pemakanan anda. Vitamin Secara umumnya mungkin bagus bagi kebanyakan penghidap IBD untuk mengambil multivitamin secara tetap. Berbincanglah dengan doktor anda tentang suplemen vitamin atau mineral terbaik untuk diambil bagi situasi anda. Keep up the good work. Merokok Kajian telah menunjukkan bahawa merokok mempunyai kesan negatif kepada peghidap penyakit Crohn. Terdapat bukti bercanggah sekitar kesan merokok terhadap kolitis berulser tetapi secara umumnya merokok tidak baik untuk kesihatan anda. Tahniah – bukan perokok mempunyai peluang yang rendah untuk IBD berlaku semula berbanding dengan perokok! Teruskan usaha baik ini! Alkohol Minum secara sederhana umumnya ok bagi penghidap IBD – namun jika anda rasa simptom anda semakin teruk, anda patut cuba kurangkan alkohol buat sementara untuk melihat jika ada perbezaan. Minum secara sederhana, umumnya ok bagi penghidap IBD tetapi minum boleh memburukkan keadaan. Berbincanglah dengan kumpulan kesihatan IBD anda tentang apa yang sesuai untuk situasi anda atau cuba lihat garis panduan kebangsaan anda untuk maklumat lanjut. Muat turun jawapan anda dalam bentuk PDF Kembali Tutup